Kali Ini Tak Mustahil - Sukan | mStar

Kali Ini Tak Mustahil

Antoine Griezmann.

PENYERANG Atletico Madrid Antoine Griezmann mengakui peluang untuk menyertai Manchester United pada Januari depan 'amat tinggi'.

Griezmann berminat berhijrah ke Old Trafford pada musim panas lalu dan menilai peluangnya menyertai pasukan itu sebagai 'enam daripada 10'.

Namun pemain berusia 26 tahun itu memilih untuk kekal bersama Atletico selepas larangan UEFA ke atas kelab tersebut untuk mendapatkan pemain gantian.

United bagaimanapun masih berminat dan Griezmann mengakui peluang untuk dia memuktamadkan perpindahan ke England masih lagi terbuka.

"Pada Jun lalu, saya melanjutkan kontrak saya. Saya ada kontrak sehingga 2022. Walaupun saya terlepas beberapa trofi, saya memiliki segalanya di sini untuk gembira. Tapi itu tidak bermakna saya tidak akan angkat kaki suatu hari nanti.

"Saya belum membuat keputusan itu. Ia bergantung kepada pelbagai faktor. Saya tiada masalah untuk berhijrah ke England kecuali cuaca. Tidak mustahil (sertai) Manchester United," kata Griezmann dalam biografinya.

Setelah gagal mendapatkan khidmat Griezmann, United melakukan bidaan terhadap Romelu Lukaku pada Ogos lalu.

Pemain kebangsaan Belgium itu bermula cemerlang di Old Trafford tetapi Mourinho mahu mencari perancang yang kreatif dan Griezmann menepati kriteria yang dicari.

Artikel Sebelum

Ronaldo Cipta Sejarah

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Lupakan Saja Arsenal!

Klik

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

Artikel Lain