Chong Wei Langkah Kanan - Sukan | mStar

Chong Wei Langkah Kanan

KUALA LUMPUR: Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei menebus  maruah dengan mudah menyingkirkan Brice Leverdez dari Perancis dalam perlawanan pusingan kedua Kejohanan Terbuka China pada Khamis.

Menurut laman web rasmi Persekutuan Badminton Dunia, Chong Wei yang turun selaku pemain pilihan ketujuh kejohanan hanya memerlukan 31 minit menundukkan Leverdez dengan 21-6 dan 21-9 untuk mara ke suku akhir pada Jumaat.

Sebelum ini, Chong Wei tewas mengejut kepada pemain itu seawal pusingan pertama di Kejohanan  Dunia di Glasgow, Scotland pada Ogos.

Menanti beliau di perlawanan seterusnya di antara Jonatan Christie dari Indonesia atau Angus Ng Ka Long dari Hong Kong.

Pemain nombor satu dunia, Viktor Axelsen turut mara ke suku akhir selepas menewaskan pemain tuan rumah, Qiao Bin dengan straight set 21-12, 21-14 dan akan bertemu Chou Tien Chen pada perlawanan berikutnya.

Chong Wei dijangka bertemu Axelsen pada pusingan separuh akhir sekiranya kedua-dua pemain itu berjaya melepasi pusingan suku akhir.

Cabaran beregu lelaki negara, Ong Yew Sin-Tan Wee Kiong berakhir di pusingan kedua selepas tewas  kepada Liu Cheng-Zhang Nan dari China dengan 16-21, 14-21. - BERNAMA

Lee Chong Wei

Artikel Sebelum

Ramon Marcote: Ginney Chew Jumpa Presiden KFA

Artikel Berikut

Sudah Lengkap - Georgina

Artikel Berkaitan

Chong Wei Juara Terbuka Hong Kong

Chong Wei Ke Separuh Akhir

Artikel Lain