suria

Pasukan Pantai Timur Intai Daniel Amier

PETALING JAYA: Penutup musim 2017 amat bermakna bagi pemain muda Felda United, Muhammad Daniel Amier Norhisham.

Pemain berusia 20 tahun kelahiran Kuala Lumpur itu mengakui tahun ini banyak pengalaman indah buat dirinya.

"Mula-mula sekali terpilih untuk skuad Bawah 23 Tahun Kebangsaan, lepas tu beraksi layak ke Piala Asia 2018. "Balik daripada  saingan kelayakan (Piala Asia), terpilih pula untuk skuad Sukan SEA dan memenangi pingak perak.

"Begitu juga dengan aksi kelab yang layak ke separuh akhir Piala Malaysia baru-baru ini," ujar anak kedua daripada tiga beradik ini.


Bekas pemain Frenz United ini berkata, dia akan terus mengekalkan kecergasan walaupun musim Liga Malaysia sudah berakhir.

"Dalam tempoh rehat ini, saya tetap menyiapkan mental dan fizikal untuk persiapan bagi Piala Asia 2018, di China, Januari ini.

"Sekiranya dipanggil jurulatih (Datuk Ong Kim Swee), saya sudah bersedia untuk menjalani latihan insentif nanti," katanya yang menyokong kelab Liga Perdana Inggeris, Chelsea.

Dalam pada itu, Daniel mendedahkan dia akan terus bersama Felda pada musim akan datang.

"Kontrak saya masih ada lagi dua tahun bersama Felda. Tetapi dalam masa sama ada juga beberapa tawaran yang tidak rasmi daripada pasukan Lembah Klang dan Pantai Timur," katanya.

Daniel Amier

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Fadhli Kapten Harimau Malaya

Artikel Lain