Lukaku Masih Belum Cukup ‘Tamak’ - Sukan | mStar

Lukaku Masih Belum Cukup ‘Tamak’

PENYERANG Manchester United, Romelu Lukaku perlu bersikap 'lebih tamak', kata legenda bola sepak Newcastle United, Alan Shearer.

Pemain yang dibawa masuk dari Everton pada Ogos lalu itu hanya menjaringkan 11 gol dalam 10 penampilan pertamanya bersama United.

Namun sejak akhir-akhir ini badi kemarau gol mula menghantui Lukaku.

Kemarau gol pemain berusia 24 tahun itu nampaknya berlanjutan ketika United tewas 0-1 di tangan Chelsea, malam Ahad.

Susulan itu, Shearer menganggap Lukaku terlalu berusaha untuk mencipta peluang gol.

Sebaliknya, Shearer berkata Lukaku perlu membiarkan pemain di bahagian tengah untuk melakukan tugas mereka.

"Sudah tiba masa untuk menjadi lebih tamak. Dia perlu fikir mengenai gawang. Dia tidak akan menjaringkan gol dengan belari ke kawasan penjuru.

"Biar rakan lain mencipta peluang untuk anda. Dia adalah seorang penjaring gol dan dia akan dinilai kerana gagal berbuat demikian," kata Shearer.

Lukaku sering kali diturunkan dalam setiap perlawanan United setakat ini dan ketiadaan Zlatan Ibrahimovic yang masih bergelut dengan kecederaan pastinya mengurangkan sedikit persaingan di posisi serangan.

Kekalahan di tangan Chelsea menyaksikan United ketinggalan lapan mata di belakang pendahulu, Manchester City.

Romelu Lukaku , Manchester United

Artikel Sebelum

Dua Muka Baharu Disenarai Lawan Korea Utara

Artikel Berikut

Isteri Safiq Rahim Pilih Diam!

Artikel Berkaitan

Lukaku Buka Mulut Isu Kemarau Gol

Artikel Lain