Abramovich Jemput Mourinho Makan Malam Bersama - Sukan | mStar

Abramovich Jemput Mourinho Makan Malam Bersama

PEMILIK Chelsea, Roman Abramovich membuat kejutan apabila menjemput Jose Mourinho makan malam bersama selepas pertembungan antara The Blues dan Manchester United, Ahad.

Anak buah Mourinho bertandang ke Stamford Bridge dalam usaha memburu tiga mata penuh ke atas pasukan tuan rumah dengan memanfaatkan prestasi tidak menentu Chelsea sejak akhir-akhir ini.

Namun Chelsea berjaya menang tipis 1-0 ke atas United.

Mourinho pernah mengemudi Chelsea dengan menjuarai tiga trofi Liga Perdana Inggeris, satu Piala FA dan tiga Piala Liga.

Pengurus Chelsea, Antonio Conte pula yang kedudukannya masih samar berjaya membantu pasukan itu memenangi trofi EPL musim lalu.

Namun mereka ketinggalan sembilan mata di belakang pendahulu liga, Manchester City musim ini.

Menurut The Sun, tidak dapat dipastikan sama ada Mourinho menerima jemputan itu.

Bagaimanapun, pengendali dari Portugal itu pada tahun lalu menyifatkan Abramovich tidak pernah menjadi rakannya tetapi hubungan mereka sekadar pemilik dengan bekas pengurus.

"Kami menghormati satu sama lain tetapi kami tidak rapat," katanya.

Roman Abramovich , Jose Mourinho

Artikel Sebelum

Conte Elak Bersalaman, Apa Kata Mourinho?

Artikel Berikut

Bekas Pemain EPL Meninggal Dunia

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

Artikel Lain