suria

Malaysia Menang Tipis Atasi Brunei

KUALA LUMPUR: Pasukan Bawah 19 Tahun (B-19) negara menambah tiga mata walaupun menang tipis 1-0 ke atas Brunei pada perlawanan kedua pusingan Kelayakan Kejohanan Remaja B-19 AFC 2018.

Skuad anak didik Boyan Hodak itu beraksi hambar pada babak pertama apabila terikat tanpa sebarang jaringan pada aksi di Stadium Paju, Korea Selatan.

Pemain Malaysia terus tertekan di separuh masa kedua namun satu gol yang dihasilkan pada minit ke-75 oleh Muhammad Zafuan Azeman menceriakan kembali skuad negara.

Kemenangan disaat akhir itu meletakkan Malaysia dikedudukan kedua teratas dalam Kumpulan F dengan enam mata terkumpul di belakang Indonesia yang turut mengumpul enam mata.

Malaysia dijadualkan bertemu Indonesia pada 6 November dan Korea Selatan bagi perlawanan terakhir peringkat kumpulan pada 8 November.

Dua pasukan terbaik bagi setiap kumpulan Kelayakan Kejohanan Remaja B-19 AFC 2018 akan mara ke  Kejohanan Remaja B-19 AFC 2018 di Indonesia.

Indonesia secara automatik layak tanpa mengira keputusan kelayakan bersama-sama 16 pasukan lain yang akan bermain dalam kejohanan akhir.

Kejohanan akhir juga bertindak sebagai penentu kepada kelayakan AFC bagi Piala Dunia B-20 FIFA 2019 yang akan dipilih oleh FIFA dengan empat pasukan teratas layak menyertainya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Radhi Mat Din Tak Kecil Hati

Artikel Berikut

Artikel Lain