suria

Mourinho ‘Tidak Tahu’ Bila Pogba Kembali Beraksi

PENGURUS Manchester United, Jose Mourinho tidak tahu bila Paul Pogba akan kembali selepas mengalami kecederaan hamstring.

Mourinho menekankan bahawa Pogba belum menjalani latihan dengan pasukan pertama.

Dia benar-benar marah dengan Pogba yang berehat sejak 12 September ketika cedera menentang Basel dan turut menekankan bahawa pasukannya tetap mampu bermain dengan bagus tanpa pemain tengah itu.

Bintang Perancis yang bernilai 89 juta Pound Sterling (RM495 juta) itu menjalani latihan di Miami dan belum kembali ke pusat latihan di Carrington.

Pogba menerima bantuan perubatan selepas mengalami kecederaan.

Mourinho turut mendedahkan bahawa Pogba tidak bermain untuk pasukan pertama.

Kata Mourinho: "Saya tidak tahu sejujurnya. Saya tidak boleh kawal proses dia untuk sembuh.

"Dia tidak berlatih dengan saya. Dia sedang bekerja sendiri dan apabila seorang pemain sedang berkerja sendiri, saya tidak boleh buat jangkaan.

"Saya menjangkakan Marco Rojo akan kembali selepas cuti rehat antarabangsa kerana dia berlatih dengan saya. Tapi, kalau Paul saya tidak tahu."

Ketika ditanya tentang prestasi pasukan biarpun tanpa kehadiran Pogba, Mourinho berkata: "Kami menang setiap perlawanan kecuali satu. Dua? Nah, dia, maksudnya tidaklah teruk." - The Mirror

Jose Mourinho, Paul Pogba

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan Ligue 1 Perancis

Artikel Lain