Kata Semangat Conte Kepada Anak Buah - Sukan | mStar

Kata Semangat Conte Kepada Anak Buah

CHELSEA bangkit menundukkan Bournemouth 1-0 malam Sabtu untuk menghidupkan semula peluang mereka merebut gelaran kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini.

The Blues mendominasi perlawanan di Stadium Vitality itu namun hanya berpeluang meledak satu gol.

Eden Hazard menjaringkan gol tunggal pasukan itu pada minit ke-51 selepas mendapat hantaran Alvaro Morata.

Bagaimanapun pemain pertahanan Chelsea Cesar Azpilicueta mendedahkan kata-kata pengurus Antonio Conte kepada skuad itu selepas babak pertama berakhir.

"Teruskan bermain. Kekalkan kekuatan yang kita ada. Secara amnya kita bermain dengan baik. Kita amat berbahaya di bahagian serangan tetapi tumpul di depan gawang.

"Kita tahu di England jika anda tidak menjaringkan gol ia sukar," kata Conte.

Sementara itu Conte berpuas hati dengan persembahan anak buahnya.

"Selepas babak pertama kita teruskan bermain. Pada babak pertama kita tidak bernasib baik apabila seri 0-0. Namun pada babak kedua segalanya bermula dengan baik dan kita mencipta banyak peluang.

"Apabila anda melihat keputusan hanya 1-0, anda berdepan risiko untuk gawang anda dibolosi. Namun benteng pertahanan Chelsea amat bagus," katanya.

Chelsea , Antonio Conte

Artikel Sebelum

City Mahu Hukum Arsenal

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Chelsea Buat Silap Besar

Artikel Lain

Mayat Nora Anne sudah dituntut