suria

Rundingan Jual Liverpool, Pengerusi Beri Penjelasan

PENGERUSI Liverpool, Tom Werner akhirnya tampil memberi penjelasan mengenai khabar angin bahawa kelab itu akan dijual kepada sebuah konsortium.

Media Abu Dhabi, The National sebelum ini mendakwa sebuah konsortium dari negara itu sedang berunding dengan Fenway Sports Groups untuk mendapatkan Liverpool.

Bagaimanapun, Werner (gambar bawah, kiri) menafikan bahawa rundingan tersebut sedang berjalan seperti yang didakwa.

"Kami mempunyai perkara lebih penting untuk dilakukan berbanding khabar angin bahawa saya sedang berunding untuk menjual Liverpool.

"Ini tidak benar. Penyokong tidak perlu bimbang kerana tiada apa yang akan berlaku setakat ini," jelasnya kepada Liverpool Echo.

Fenway Sports Groups memiliki Liverpool sejak 2010.




Liverpool, Abu Dhabi

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain