suria

Kagawa Sertai Common Goal

PEMAIN tengah Borussia Dortmund Shinji Kagawa menjadi pemain Asia pertama menyertai Common Goal, program kebajikan yang dikendalikan bekas rakan sepasukannya, Juan Mata.

Mata menubuhkan Common Goal pada Ogos lalu untuk menggalakkan pemain bola sepak dan jurulatih profesional mendermakan sekurang-kurangnya 1% daripada gaji mereka kepada program kebajikan berkaitan bola sepak.

"Saya amat teruja untuk mengumumkan hari ini bahawa saya menyertai Juan Mata dalam pasukan Common Goal.

"Bola sepak memberikan saya banyak peluang dalam hidup dan kini saya mahu memainkan peranan dalam menyokong orang lain menerusi sukan ini.

"Common Goal semakin mendapat tempat di seluruh dunia dan saya amat berbangga membantu mengembangkan inisiatif itu ke Jepun," kata Kagawa.

Selain Kagawa,program itu turut disertai beberapa pemain terkemuka dunia termasuk  Mats Hummels, Megan Rapinoe, Alex Morgan, Giorgio Chiellini, Serge Gnabry, Dennis Aogo dan Alex Brosque.

Ia turut disertai Hasan Ali Kaldirim, Charlie Daniels, Alfie Mawson, Olga Garcia, Jean Sseninde, Nicole Regnier, Heather O’Reilly, Vero Boquete, Pauline Bremer dan jurulatih Julian Nagelsmann.

Shinji Kagawa, Common Goal

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Undian Piala Liga Lewat Dua Jam

Artikel Lain