suria

Buffon Mahu Gantung But Melainkan...

Gianluigi Buffon.

PENJAGA gol Juventus dan Itali, Gianluigi Buffon mempertimbangkan untuk menggantung but pada hujung musim ini.

Namun dia hanya akan menarik balik hasratnya jika kelab gergasi Itali itu memenangi trofi Liga Juara-Juara.

Buffon, 39, turut berharap agar dipanggil memperkuat skuad kebangsaan Itali pada aksi Piala Dunia tahun depan.

Juve tewas sebanyak dua kali dalam aksi final Liga Juara-Juara dalam tempoh tiga tahun lalu.

"Ini adalah musim terakhir saya dan saya amat yakin dengan pilihan yang saya buat.

"Satu atau dua tahun lagi tidak akan menambah atau merampas apa yang saya sudah capai.

"Salah satu cara adalah memenangi Liga Juara-Juara. Pada peringkat ini, cuba untuk menang Piala Kelab Dunia," katanya.

Buffon yang memulakan kariernya bersama Parma sebelum menyertai Juve pada 2001 dipilih sebagai penjaga gol terbaik Fifa pada Isnin.

Dia pernah membantu Itali menjulang trofi Piala Dunia pada 2006 dan memenangi 10 kejuaraan Serie A, empat Piala Itali dan satu Piala UEFA.

Namun ada satu pencapaian yang masih belum diraihnya iaitu memenangi trofi Liga Juara-Juara.

Gianluigi Buffon, Juventus

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain