suria

Messi Ditawar Kontrak Sepanjang Hayat

Lionel Messi

LIONEL Messi masih belum menandatangani perjanjian kontrak baharunya dengan Barcelona selama empat tahun, namun kelab itu telah menawarkan satu tawaran menarik untuknya.

Barca menyatakan bahawa mereka sudah bersedia untuk menawarkan kontrak seumur hidup kepada Messi, sama seperti yang ditandatangani oleh Andres Iniesta awal bulan ini.

Messi, 30, bersetuju dengan kontrak baharu dengan Barca pada bulan Julai, tetapi dia belum menandatangani perjanjian dengan presiden kelab Josep Maria Bartomeu.

Walau bagaimanapun, Bartomeu memberi jaminan kepada peminat bahawa segala-galanya berjalan lancar, dengan bapa dan wakil Messi telah menandatangani kontrak itu, dan sekarang hanya menunggu masa yang sesuai untuk memenuhi protokol tersebut.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Barca, Oscar Grau, berkata kontrak sepanjang hayat itu sudah dalam perancangan.

"Messi menandatangani perjanjian empat tahun pada bulan Jun, tetapi kelab akan menawarkan kontrak seumur hidup untuknya," kata Grau pada sidang tahunan Barca pada Sabtu.

"Idea untuk Leo ini dibuat selepas dia yang sekian lama berada di sini, dapat terus kekal sepanjang hayat kerana dia adalah ikon.

"Selepas lama menjalani hari-harinya di sini, kami mahu dia terus dikaitkan dengan kelab." -ESPN

Lionel Messi

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain