suria

Janji Williams Buat Everton

Williams ditenangkan ketika berlaku pergaduhan sewaktu perlawanan Liga E (Liga Eropah) antara Everton dan Lyon berlangsung. - Agensi

ASHLEY Williams telah berjanji akan berjuang untuk Everton bagi menentang Arsenal walaupun berada dalam kemelut yang membawa kepada tuduhan oleh Persatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) dan larangan seumur hidup ke atas seorang penyokong.

Williams yang  mengasari penjaga gawang Lyon, Anthony Lopes semasa perlawanan Liga Eropah pada Khamis mencetus kepada keadaan huru-hara antara pemain dan penyokong kedua-dua pasukan yang kemudiannya semua yang terlibat dikenal pasti dan berdepan larangan (ban).

UEFA telah memulakan kes tatatertib terhadap Toffees atas kesalahan "pencerobohan oleh penyokong terhadap pemain" dan Polis Merseyside telah membuka siasatan mereka sendiri.

Pemain Watford, Troy Deeney minggu lalu menuduh Arsenal tidak mempunyai "cajon" dan Williams mencadangkan Everton akan mempamerkan 'aksi berdarah' di Goodison Park biarpun tersepit dalam kontroversi pertengahan minggu itu.

"Troy berkata apa yang dia perlu katakan mengenai Arsenal, tetapi saya tidak terlalu mengambil pusing terhadap perbalahan mereka," kata pemain yang berasal dari Wales itu.

"Kami telah menunjukkan kesungguhan. Kebanyakan masa anda perlu memberi sesuatu kepada peminat dan jika anda tidak memberinya (aksi cemerlang), mereka akan tunjukkan kemahuan mereka dengan cara lain.

"Saya belum cukup lama berada di sini, tetapi nampaknya apa yang mereka mahukan adalah melihat pasukan bertarung dan berjuang untuk segala-galanya," katanya. - PA Sports

Asyley Williams, Everton

Artikel Sebelum

Mourinho Dilabel Hipokrit

Artikel Berikut

Artikel Lain