suria

Pemain Mula 'Tak Senang' Dengan Conte

ANTONIO Conte tidak putus-putus berdepan masalah di Chelsea dengan laporan terbaru menunjukkan terdapat rasa tidak puas hati dalam kalangan pemain berhubung kaedah latihannya.

Conte,selepas seri 3-3 dengan Roma dalam Liga Juara-Juara Eropah minggu ini berkata Chelsea berada dalam situasi 'kecemasan' disebabkan krisis kecederaan semasa.

Esok, mereka akan menentang Watford dan berharap dapat mengelak daripada mengalami kekalahan Liga Perdana ketiga berturut-turut, selepas sebelum ini kalah kepada Manchester City dan Crystal Palace.

The Hornets pula tampil dengan prestasi mengejutkan musim ini dan baru-baru ini telah mengalahkan Arsenal.

Skuad asuhan Conte akan turun tanpa N'Golo Kante, Victor Moses dan Danny Drinkwater ketika menentang Watford manakala kecederaan David Luiz dan Tiemoue Bakayoko yang dialami ketika melawan Roma juga boleh menghalang mereka daripada perlawanan esok.

Selepas krisis kecederaan, bos Chelsea berdepan kemelut baharu dari dalam bilik persalinan dengan timbulnya desas-desus kekecohan di ruang persalinan Stamford Bridge.

The Times mendakwa beberapa pemain Chelsea tidak gembira dengan rejim latihan semasa pasukan.

Conte dikatakan telah meneruskan jadual sama yang dikerahkannya musim lalu yang membawa gelaran juara Liga Perdana pada musim pertamanya.

Di antara kekalahan ke Crystal Palace dan keputusan seri dalam Liga Juara-Juara menentang Roma, Conte dilaporkan memenuhkan tiga sesi latihan dan para pemain secara peribadi mengadu keletihan.

Mereka percaya jadual semasa di Cobham mungkin menyumbang kepada kecederaan kepada pasukan Conte.

Jurulatih Itali ini sering merungut kerana tidak mempunyai skuad yang cukup besar untuk bersaing di semua bahagian padang.

Antonio Conte

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain