Perak, Felda United Gagal Guna Kelebihan - Sukan | mStar

Perak, Felda United Gagal Guna Kelebihan

Pemain Felda United Thiago Augusto Fernandes (dua, kiri) diasak pemain Kedah Sandro Da Silva Mendonca pada perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka malam Ahad. fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Juara tujuh kali, Perak dan Felda United gagal menggunakan kelebihan beraksi di laman sendiri setelah mencatat keputusan seri 1-1 berdepan lawan masing-masing pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia, malam Ahad.

Di Stadium Perak, Ipoh, pasukan tuan rumah yang mendapat sokongan lebih daripada 28,000 penyokong mereka, melancarkan serangan bertali arus ke kubu juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) sebaik sahaja wisel perlawanan ditiup pengadil, Razlan Jofri Ali.

Skuad ‘The Bos Gaurus' akhirnya berada di hadapan menerusi jaringan sendiri pemain JDT, Mohamad Hasbullah Abu Bakar yang menolak masuk bola ke dalam gawang sendiri pada minit ke-18 ketika cuba  menghalang hantaran silang pemain import Perak, Gilmar Jose Da Silva Filho kepada Mohd Zaquan Adha Abd Razak.

Jaringan itu tidak mematahkan semangat skuad Harimau Selatan yang berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-68 hasil jaringan penyerang import dari Lubnan, Mohamad Ghaddar yang menolak masuk bola ke sebelah kiri gawang Perak dan keputusan seri 1-1 itu kekal sehingga perlawanan tamat.

Sultan Perak Sultan Nazrin Shah serta Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir turut hadir menyaksikan perlawanan berkenaan.

Di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, pasukan Felda United pula terikat seri 1-1 ketika berdepan juara bertahan, Kedah.

Pasukan pelawat terlebih dahulu memecah kebuntuan hasil jaringan pemain import dari Brazil, Sandro da Silva Mendonca yang menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-61 selepas pemain sayap Kedah, Mohd  Syazwan Zainon dijatuhkan oleh kapten pasukan Felda United, Muhammad Shukor Adan dalam kotak penalti.

Tersentak dengan jaringan itu, Felda United kembali memperkemaskan permainan dan berjaya menyamakan kedudukan menerusi Muhammad Hadin Azman yang menanduk masuk sepakan sudut diambil Wan Zack Haikal Wan Nor pada minit ke-86 dan keputusan seri 1-1 itu kekal sehingga wisel penamat ditiup.

Aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia dijadualkan berlangsung pada 21 Oktober ini disusuli aksi final di Stadium Shah Alam pada 4 November ini. - BERNAMA

Piala Malaysia , Perak , Felda United

Artikel Sebelum

Keputusan La Liga

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Pertama Kali - Fitri Omar

Klik

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

Artikel Lain

Gadis nyaris dirogol lelaki bogel