MU Guna Dua Bas Depan Gol, Mereka Boleh Menang - Kenny Dalglish - Sukan | mStar

MU Guna Dua Bas Depan Gol, Mereka Boleh Menang - Kenny Dalglish

MANCHESTER United didakwa akan bermain secara bertahan seperti yang pernah mereka lakukan ketika berdepan Liverpool tahun lalu, dakwa Kenny Dalglish.

Legenda Liverpool itu berkata, Jose Mourinho akan sekali meletakkan 'dua buah bas' di depan gol bagi menghalang pemain Liverpool menghasilkan jaringan.

Jelasnya, taktikal itu pernah berlaku ketika United bertandang ke Anfield tahun lalu.

Bagaimanapun sebagai bekas pemain profesional, Dalglish mengakui anak didik Mourinho mempunyai kelebihan untuk memenangi perlawanan kali ini.

"Kita sentiasa melihat pertembungan antara Liverpool menentang Manchester United sebagai satu perlawanan panas. Tahun lalu ketika mereka ke Liverpool Mourinho meletak 'sebuah bas'.

"Tapi kali ini bukan sebuah bas lagi, mungkin dua buah bas dua tingkat.

"Saya menjangkakan United (United) akan memperkemaskan lagi pertahanan mereka kali ini, tapi pada masa sama mereka mempunyai barisan serangan yang hebat seperti Marcus Rashford, Romelu Lukaku dan Anthony Martial.

"Saya rasa Mourinho akan memberi tekanan kepada Liverpool, namun dalam perlawanan seperti ini, tekanan akan ada di setiap sudut," katanya kepada BetStar.

Liverpool , Manchester United

Artikel Sebelum

Zahasmi Pilih Berkorban Demi TRW

Artikel Berikut

TMJ Mahu Jumpa ‘Budak Topi Merah’

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

Artikel Lain