Vingada Pikul Dua Tugas - Sukan | mStar

Vingada Pikul Dua Tugas

Nelo Vingada.

PETALING JAYA: Ketua jurulatih Harimau Malaya, Nelo Vingada dilantik sebagai pengurus pasukan tersebut berkuat kuasa malam Selasa ketika skuad negara bertemu Hong Kong pada aksi Kelayakan Piala Asia 2019.

Menurut Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin, pelantikan Vingada adalah atas perkenan presiden badan induk bola sepak negara itu, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

"Pelantikan itu dibuat kerana presiden mahukan seorang pengurus pasukan sepenuh masa yang boleh sentiasa fokus dengan tugasannya bersama pasukan.

"Selain itu pelantikan tersebut juga akan memudahkan perjalanan pentadbiran pasukan dari aspek pengurusan dan kejurulatihan," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Pada masa sama, Hamidin turut mengucapkan terima kasih kepada Timbalan Presiden FAM, Datuk Seri Subahan Kamal yang pernah menggalas tanggungjawab tersebut sebelum ini.

"Terima kasih diucapkan kepada Datuk Seri Subahan Kamal yang sebelum ini telah menggalas tugas sebagai pengurus pasukan kebangsaan pada dua perlawanan kelayakan terdahulu bertemu Lebanon di Larkin pada 13 Jun lalu dan bertemu Hong Kong di Melaka pada 5 September lalu," katanya.

Pengendali kelahiran Portugal itu yang digelar sebagai 'The Professor' dilantik menerajui skuad kebangsaan pada 15 Mei lalu.

Beliau mengikat kontrak selama dua tahun.

Nama Vingada dalam bidang kejurulatihan mula bersinar ketika bergelar pembantu jurulatih Carlos Queiroz untuk pasukan Portugal bawah 20 tahun apabila gandingan mereka berdua berjaya menjulang skuad Portugal menjulang Piala Dunia FIFA Bawah 20 Tahun pada 1989 dan 1991.

Selepas menyambung kejayaan Queiroz sebagai ketua jurulatih, Vingada konsisten membawa pasukan Portugal Bawah-20 mara ke separuh akhir acara utama seperti Piala Dunia FIFA Bawah-20 pada tahun 1995 dan Sukan Olimpik pada tahun 1996.

Pengendali berusia 64 tahun itu melibatkan diri dalam kerjaya sebagai pengurus melebihi 35 tahun serta masih aktif merupakan seorang tokoh yang popular di rantau Asia.

Beliau menjadi jurulatih untuk pasukan senior Arab Saudi (1996-1997), pasukan Olimpik Mesir (2004-05), pasukan kebangsaan Jordan (2007-09), dan skuad Olimpik Iran (2014).


FAM , Nelo Vingada

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Mengapa Ramai Mengada-Ngada? - Hamidin

Klik

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

Artikel Lain