Kafa Tuntut Penaja Bayar Baki Tajaan - Sukan | mStar

Kafa Tuntut Penaja Bayar Baki Tajaan

KOTA BHARU: Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) meminta penaja yang masih mempunyai  tunggakan penajaan agar menyelesaikan  wang tajaan berkenaan bagi  membolehkan pihak pengurusan persatuan itu melunaskan baki tunggakan gaji pemain Kelantan.

Presiden Kafa Bibi Ramjani Ilias Khan berkata isu tunggakan gaji pemain perlu diselesaikan sebelum 15 Okt, supaya Kafa boleh mengemukakan permohonan baharu mendapatkan lesen kelab daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) yang akan melayakkan pasukan itu beraksi pada Liga Malaysia musim depan.

"Kami menuntut penaja yang mempunyai tunggakan penajaan bersama kami memenuhi janji mereka kerana wang tajaan tersebut diperlukan untuk membayar tunggakan gaji beberapa pemain yang belum dilangsaikan.

"Penaja harus ingat pemain dan pasukan sudah membawa nama penaja setiap kali beraksi di atas padang, mereka (penaja) perlu bertanggungjawab dengan janji ke atas penajaan mereka itu sebelum ini,” katanya kepada Bernama di sini, Ahad.

Beliau berkata sehingga kini Kafa telah menyelesaikan tunggakan gaji beberapa bekas pemain Kelantan musim lalu dan musim ini serta bekas jurulatih musim 2016, Velizar Emilov Popov.

Sebelum ini, berikutan tunggakan gaji pemain, pasukan Kelantan dipotong enam mata namun kembali memperoleh tiga mata selepas mengemukakan rayuan kepada Perkongsian Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) dan FAM.

Kafa

Artikel Sebelum

Khalid Jamlus Minat Bantu Skuad Perak

Artikel Berikut

Vettel Gagal Tamat Perlumbaan

Artikel Berkaitan

Kafa Teliti Baki Kontrak Pemain Muda

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

Artikel Lain