suria

Penghargaan Liverpool Untuk Dalglish

LIVERPOOL menggantikan tempat duduk penonton 'Centenary Stand' dengan nama Kenny Dalglish Stand di Anfield.

The Reds memperkenalkan nama baharu tempat duduk itu menjelang pertemuan dengan menamakan salah satu tempat duduk di Stadium Anfield dengan pesaing tradisi, Manchester United pada 14 Ogos ini.

Awal tahun ini, kelab telah mengumumkan akan menukar nama baharu Centenary Stand sebagai penghargaan kepada salah seorang bekas pemain dan pengurus terbaik Liverpool.

Penyerang Dalglish atau lebih dikenali dengan 'King Kenny' bagi penyokong setia Liverpool mula menyertai kelab dari Celtic pada tahun 1977 dan beraksi selama 13 tahun, menjaringkan 169 gol dalam 502 perlawanan.


Dia kemudiannya dilantik menjadi pemain-pengurus pada tahun 1985 dan secara tetap sehingga 1991 manakala kembali berada di situ sebagai pengurus pada musim 2011-12.

Sepanjang berada di Anfield, dianggap kejayaan terbaik dalam sejarah kelab dengan memenangi enam gelaran Divisyen Pertama, Piala FA, empat trofi Piala Liga dan Piala Eropah 1978,1981 dan 1984.

Sebagai pengurus, Dalglish menambah tiga lagi trofi liga, dua Piala FA dan Piala Liga.

Liverpool

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain