suria

Aguero Nyaris Maut

Keadaan teksi yang dinaiki Aguero selepas terlibat dalam kemalangan.

MANCHESTER City mengesahkan Sergio Aguero akan dipantau pasukan perubatan pasukan itu selepas terlibat dengan kemalangan kereta pada Khamis.

Pemain kebangsaan Argentina itu menaiki sebuah teksi ketika dalam perjalanan ke lapangan Amsterdam selepas menyaksikan konsert penyanyi Colombia, Maluma pada petang Khamis.

Laporan mendakwa pemain berusia 29 tahun itu mengalami keretakan di tulang rusuk.

Akibat kecederaan itu, dia akan direhatkan selama dua bulan.

"Sergio Aguero akan dipantau doktor pasukan City selepas terlibat dalam nahas jalan raya pada Khamis.

"Penyerang City itu berada di Belanda semasa kejadian dan mengalami kecederaan akibat kemalangan tersebut.

"Dia kembali ke Manchester pagi Jumaat dan tahap kecederaannya akan diteliti sebelum pertemuan menentang Chelsea, malam Sabtu," demikian menurut kenyataan terbaharu City.

Sergio Aguero

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Jurgen Klopp Pilihan Bayern Munich?

Artikel Lain