suria

Morata Dapat Nasihat Torres

FERNANDO Torres percaya Chelsea telah mengikat salah seorang penyerang terbaik di dunia iaitu, Alvaro Morata.

Bintang Sepanyol itu menggalas tanggungjawab berat untuk mengisi tempat Diego Costa selepas berhijrah ke Stamford Bridge dengan bidaan bernilai 58 juta pound sterling.

Dia turut berjaya membuktikan pembelian Antonio Conte berbaloi apabila menjaringkan enam gol dalam enam penampilannya pada aksi Liga Perdana Inggeris.

Torres yang menyertai Chelsea dari Liverpool pada Januari 2011 sebelum berhijrah ke Atletico Madrid akan bertemu bekas kelabnya itu pada Rabu.

"Saya bercakap dengan Morata sebelum dia menyertai Chelsea dan memberitahu saya sentiasa ada jika dia mahu mendapatkan sebarang nasihat atau jika saya boleh membantunya.

Alvaro Morata.

"Melihat kepada permulaan, dia tidak seperti memerlukan nasihat dan sudah beraksi dengan cemerlang dan menjaringkan gol.

"Chelsea mempunyai salah seorang penyerang terbaik di Eropah dan saya yakin dia akan memenangi trofi bersama mereka," katanya.

Atletico yang mengesahkan mereka sudah memuktamadkan perpindahan Costa dari Chelsea bermula cemerlang tetapi Pengurus Diego Simeone percaya anak buahnya perlu memberi tumpuan penuh kepada Morata jika mahu mencatatkan kemenangan pertama pada aksi Liga Juara-Juara musim ini.

"Morata adalah pemain penting. Dia mempunyai gerakan hebat dan tahu bagaimana untuk mencipta gol.

"Dia akan cemerlang bersama Chelsea di samping pemain seperti Willian, Eden Hazard dan Pedro," kata Simeone.

Fernando Torres, Alvaro Morata

Artikel Sebelum

Impian Costa Pindah Tercapai

Artikel Berikut

Artikel Lain