suria

Peluang United Sambar Griezmann

PERSETUJUAN antara Chelsea dan Atletico Madrid terhadap Diego Costa seolah-olah memberi bayangan bahawa Manchester United boleh mencuba nasib untuk mendapatkan khidmat Antoine Griezmann.

Pemain kebangsaan Perancis itu hampir menyertai Red Devils pada musim panas lalu sebelum memutuskan untuk kekal bersama Atletico susulan sekatan perpindahan yang dikenakan terhadap kelab La Liga itu.

Sekatan itu hanya akan berakhir pada Januari depan.

Susulan persetujuan antara kedua-dua pasukan itu, Griezmann menyatakan rasa gembira dengan kepulangan semula Costa ke Vicente Calderon di Twitternya.

Griezmann yang menjaringkan satu gol musim ini mempunyai klausa pelepasan yang dianggarkan bernilai 92 juta pound sterling sekiranya jendela perpindahan pemain dibuka semula awal tahun depan.

Antoine Griezmann

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Bakayoko Ok - Rakan

Artikel Lain