Chelsea Setuju Lepaskan Costa - Sukan | mStar

Chelsea Setuju Lepaskan Costa

PERPINDAHAN Diego Costa ke Atletico Madrid akhirnya dimuktamadkan apabila Chelsea bersetuju melepaskan pemain itu.

Nilai perpindahan Costa dilaporkan mencecah 57 juta pound sterling termasuk beberapa syarat tambahan.

"Kelab bola sepak Chelsea bersetuju syarat dengan Atletico Madrid untuk perpindahan Diego Costa.

"Perpindahan itu tertakluk kepada persetujuan syarat peribadi dan perubatan," demikian menurut kenyataan dalam laman web Chelsea.

Costa tidak beraksi bersama The Blues pada musim ini selepas dimaklumkan bahawa dia tiada dalam perancangan Pengurus Antonio Conte.

Penyerang itu sudah diketahui umum akan kembali ke Atletico, kelab yang ditinggalkannya untuk menyertai Chelsea pada 2014 dengan perpindahan bernilai 32 juta pound sterling.

Costa dijangka menjalani pemeriksaan perubatan dalam tempoh beberapa hari lagi.

Atletico akan membayar 48 juta pound sterling termasuk 9 juta pound sterling bagi syarat tambahan berkaitan prestasi.

Kelab La Liga itu masih menjalani sekatan perpindahan, jadi Costa hanya boleh mewakili Atletico pada Januari depan.

Costa memainkan peranan penting di sebalik kejayaan Chelsea apabila muncul penjaring terbanyak kelab itu dengan 20 gol.

Diego Costa

Artikel Sebelum

Lutut Gundogan Hanya Lebam

Artikel Berikut

Chong Wei Ke Suku Akhir

Artikel Berkaitan

Riak Wajah Kecewa Costa Dirakam

Impian Costa Pindah Tercapai

Klik

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

Artikel Lain