Piala Agong: Pahang-N.Sembilan Janji Aksi Terbaik - Sukan | mStar

Piala Agong: Pahang-N.Sembilan Janji Aksi Terbaik

PETALING JAYA: Pahang dan Negeri Sembilan menjanjikan aksi menarik tatkala kedua-dua pasukan bersedia turun gelanggang  bagi merebut Piala Agong 2017 di Stadium Darulmakmur, Kuantan pada Selasa ini.

Sepertimana lazim, Piala Agong adalah aksi pembuka tirai bagi Kejohanan Piala Emas Raja-Raja (PERR) yang menemukan juara PERR dan juara Piala Agong edisi tahun sebelumnya.

Pahang merupakan juara bertahan PERR setelah menewaskan PDRM dengan jaringan 6-2 dalam aksi final tahun lalu manakala Negeri Sembilan pula menjulang Piala Agong 2016 dengan menewaskan Perak 2-0.

Jelas, keyakinan dan motivasi cukup tinggi di kem kedua-dua pasukan tatkala masing-masing mahu menjadikan kemenangan sebagai suntikan untuk menghadapi PERR musim baru.

Pengurus Pahang, Datuj Anuwar Awad berkata, walaupun pasukan itu bakal mempertaruhkan sepenuhnya kepercayaan kepada kudrat pemain baru, beliau percaya mereka dapat melaksanakan tanggungjawab dengan baik.

"Semua pemain kami adalah wajah baru, sepenuhnya berusia 25 tahun ke bawah berbanding Negeri Sembilan yang mengekalkan sebahagian besar pemain mereka. Apapun ini satu platform pendedahan yang cukup bagus buat mereka saya percaya mereka mampu menyerlah dan akan membalas kepercayaan diberi.

"Persiapan kita tidaklah begitu sempurna kerana pemain-pemain ini kita ambil dari pasukan yang bermain di Liga Bolasepak Pahang yang sedang berjalan, jadi masa latihan mereka kita tidak boleh ganggu namun setakat ini semuanya lancar. 

"Musim lalu kita tamatkan dengan kemenangan bergaya, musim ini kita mahu buka buku baru dengan kemenangan," kata Anuwar.

Bagi pengurus Negeri Sembilan, Abdul Rafi Abdul Murad pula, persiapan pasukan itu di landasan tepat dan beliau berpendapat peluang untuk kedua-dua pasukan adalah seimbang walaupun mereka bermain di tempat lawan.

"Bagi saya kedua-dua pasukan ada tekanan. Tekanan bagi kami adalah untuk pertahankan piala, nak mempertahan adalah lebih sukar dari memenangi. Tekanan bagi Pahang adalah bermain di tempat sendiri dan berdepan ekspetasi tinggi penyokong sendiri.

"Kami ada adunan pemain muda dan berpengalanan. 14 pemain musim lalu masih kekal dalam pasukan dan kami telah menyerap beberapa pemain Piala Belia Negeri Sembilan dan Piala Presiden PKNS. Saya percaya ini menjadikan skuad kami lebih mantap. Kami mahu pertahan Piala Agong dan menyerlah di PERR," kata Abdul Rafi.

Juara Piala Agong akan menerima hadiah wang tunai RM20,000 manakala naib juara pula mendapat RM10,000.Aksi pada Selasa juga akan menyaksikan  berkuatkuasanya peraturan PERR musim baru yang menetapkan setiap pasukan untuk mendaftar sekurang-kurangnya lima pemain berusia bawah 21 tahun dan dua daripada mereka wajib bermain 90 minit di atas padang.

Selain itu, kelibat pemain Liga Super dan Liga Perdana juga sudah tidak dibenarkan untuk mewakili mana-mana pasukan.

Sementara itu, sebelum aksi antara kedua-dua pasukan, Persatuan Bolasepak Melayu Malaysia (PBMM) akan mengadakan Majlis Pelancaran PERR 2017 yang akan disempurnakan oleh Datuk Mohd Johari Hussin, Exco Belia dan Sukan Pahang.

Piala Agong 2017

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Coleen Minta Rooney Mohon ‘Cuti Simpati’

Klik

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

Artikel Lain