suria

Coutinho Bakal Turun Padang

Philippe Coutinho.

PENGURUS Liverpool Jurgen Klopp mengesahkan pemain kontroversinya, Philippe Coutinho akan memperkuat pasukan buat pertama kalinya musim ini ketika bertemu Sevilla pada aksi Liga Juara-Juara, Rabu ini.

Ia juga kali pertama Coutinho akan bertemu penyokong Liverpool sejak meminta untuk meninggalkan Barcelona pada musim panas lalu.

Coutinho menyerahkan permohonan untuk berpindah dan memberitahu Klopp bahawa dia mahu menyertai kelab gergasi Sepanyol.

Namun The Reds enggan melepaskan Coutinho selepas menolak beberapa tawaran Barcelona termasuk bidaan bernilai 119 juta pound sterling.

Coutinho terlepas aksi awal musim kerana bergelut dengan kecederaan dan menjaringkan gol untuk Brazil semasa cuti rehat aksi antarabangsa baru-baru ini.

Namun belum dapat dipasti bagaimana reaksi penyokong The Reds terhadap Coutinho nanti.

Anak buah Klopp perlu bangkit menebus kekalahan besar 0-5 mereka di tangan Manchester City, Sabtu lalu.

Pada perlawanan itu, Sadio Mane dilayangkan kad merah kerana menendang muka penjaga gol City, Ederson.

Akibatnya, Mane akan digantung tiga perlawanan walaupun dia masih boleh diturunkan pada aksi Liga Juara-Juara.

Philippe Coutinho, Liverpool

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Jersi No.7 United Untuk Griezmann

Artikel Lain