suria

Jangan Percaya Khabar Angin - KFA

PETALING JAYA: Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) meminta penyokong tidak mudah percaya dengan khabar angin mengenai Ken Ilso Larsen.

Setiausaha Kehormat KFA, Datuk Aminuddin Omar berkata, banyak spekulasi atau cerita tidak betul yang timbul termasuk isu kontrak beberapa pemainnya.

"Kami belum ada sebarang perbincangan mengenai kontrak pemain termasuk pemain import.

"Sekarang ni, ramai pemain yang tidak ada bersama kita.

"Jadi kami tidak ada sebarang perbincangan mengenai kontrak mereka.

"Musim tamat musim liga nanti kita akan berbincang dengan pengurusan tertinggi KFA," ujarnya kepada mStar Online pada Khamis.

Aminuddin Omar

Dalam pada itu, Aminuddin berkata, setakat ini beliau tidak ada mendengar mana-mana pemain yang mahu 'angkat kaki' hujung musim ini.

"Terlalu banyak khabar angin. Jadi janganlah mudah percaya.

"Apa yang saya boleh yakinkan bahawa tidak ada sebarang isu setakat ini," jelasnya.

Dalam pada itu, satu laporan akhbar tempatan sebelum ini menyebut Larsen kemungkinan akan meninggalkan Kedah apabila kontraknya akan berakhir hujung tahun ini.

Ken Ilso Larsen, KFA

Artikel Sebelum

Hazard Gembira Di England

Artikel Berikut

Artikel Lain