suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Monaco Setuju Kylian Mbappe Sertai PSG

PARIS Saint-Germain (PSG) sedia membayar £166 juta kepada Monaco untuk mendapatkan Kylian Mbappe selepas mengadakan perbincangan pada Ahad.

Dalam perbincangan itu, Monaco dilapor sediakan melepaskan Mbappe secara pinjaman pada musim ini sebelum bayaran pemindahan tetap diselesaikan pada akhir musim.

Mbappe tidak lagi diturunkan oleh Monaco dalam perlawanan pada Ahad dan dia dijangka diterbangkan ke Paris pada Isnin untuk ujian perubatan.

Sebagai ganti, Monaco akan mendapatkan Stevan Jovetic dari Inter Milan untuk membantu bahagian serangan.

Dalam perbincangan antara Monaco-PSG iaturut dihadiri oleh bapa Mbappe, Naib Persiden Monaco Vadim Vasilyev; super ejen, Jorge Mendes dan Pengarah PSG, Antero Henrique.

Dalam tempoh pinjaman, PSG berharap dapat menjual jersi Mbappe yang akan membantu kelab itu membuat bayaran penuh pada akhir musim. - Daily Mail

Kylian Mbappe, Monaco, PSG

Artikel Berikut

Artikel Lain