suria

Coutinho Bawa Rombongan Untuk Gunting Rambut

Coutinho itu dirakam berjalan di bandar Liverpool bersama rombongannya pada Rabu. - iCelebTV

BINTANG yang menjadi sasaran Barcelona, Philippe Coutinho tidak mahu memeningkan kepala tentang masa depan sebaliknya menikmati lawatan berjumpa dengan tukang gunting rambut.

Pemain tengah Brazil dilihat telah keluar mendapatkan gaya rambut baharu di Liverpool pada Rabu.

Bintang berusia 25 tahun itu yang semakin pulih daripada kecederaan belakang yang menyebabkannya terlepas perlawanan pembukaan musim ini, dirakam berjalan di sekitar Liverpool bersama 'rombongannya'.

Sementara itu, Barcelona akan menawarkan nilai sebanyak 138 juta Pound Sterling (RM755 juta) yang akan dibayar secara berperingkat untuk perpindahan itu.

Pasukan gergasi Eropah itu akan membayar tawaran bernilai 101  juta Pound Sterling (RM552 juta)  kepada Liverpool dengan bonus tambahan  37 juta Pound Sterling (RM202 juta), Rabu.

Nilai tambahan itu dipercayai dikaitkan dengan penampilan di Liga Juara-Juara.

Terdahulu pada Ogos, Coutinho menyerahkan permintaan perpindahan dalam cubaan untuk keluar daripada The Reds, tetapi Liverpool setakat ini telah menolak tiga tawaran Barcelona, ​​dengan nilai terakhir bernilai 114 juta Pound Sterling (RM624 juta). - Daily Mail

Phillipe Coutinho

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain