suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Adidas Dedah Nombor Jersi, Masa Depan Ibrahimovic?

ZLATAN Ibrahimovic dijangka kembali menyarung jersi Manchester United pada minggu ini dan penaja utama kelab itu, Adidas menguatkan lagi spekulasi tentang nombor jersi yang akan dipakai pemain kelahiran Sweden tersebut.

Ibrahimovic dilepaskan United selepas kontraknya tamat pada Julai lalu ekoran kecederaan teruk yang dialami ketika beraksi menentang Anderlecht pada saingan Liga Europa pada April.

Pemain berusia 36 tahun itu dijangka menandatangani kontrak selama setahun selepas cemerlang menyumbang 28 gol buat United.

Namun jersi Ibrahimovic kini diisi oleh penyerang baharu United, Romelu Lukaku yang meminta kebenaran daripada penyerang veteran tersebut.


Namun jika Ibrahimovic kembali ke Old Trafford, dia memerlukan nombor baharu dan Adidas dilapor secara tidak sengaja memberi bayangan bahawa penyerang itu akan menyarung jersi nombor 10 yang ditinggalkan oleh Wayne Rooney.

Menerusi laman web rasmi Adidas, jersi nombor 10 United tertera nama Ibrahimovic sudah mula dijual sejak beberapa hari lalu.

Rooney berhijrah ke kelab lamanya, Everton pada bulan ini dan nombor jersi terbabit pernah dipakai oleh pemain legenda United seperti Ruud van Nistelrooy dan Bobby Charlton. - Metro.uk

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain