suria

Keputusan Mahkamah Penentu Bintang PSG Sertai United

MANCHESTER UNITED terus sibuk dengan aktiviti 'membeli-belah' apabila dilaporkan bakal mendapat khidmat bek kanan kelab Perancis, Paris Saint-Germain (PSG).

Serge Aurier dilaporkan bersetuju menyertai United tetapi perlu menunggu keputusan sama ada dia boleh memasuki Britain untuk memeterai perjanjian tersebut.

Pemain kelahiran Ivory Coast itu kini menunggu keputusan mahkamah sama ada dia boleh melengkapkan perpindahan selepas dia dibicarakan atas kesalahan melakukan serangan ke atas seorang anggota polis.

September lalu, Aurier didapati bersalah atas kes tersebut dan dilarang memasuki Britain.

Sejak itu, Aurier mengemukakan rayuan terhadap keputusan berkenaan dan perbicaraan lanjut dijadualkan berlangsung pada 7 Ogos dan menjadi penentu sama ada dia boleh berhijrah ke Old Trafford atau tidak.

Aurier mencipta 19 peluang dalam tempoh lima musim di Ligue 1, rekod cemerlang bagi seorang pertahanan di liga Perancis. - Express.uk

Serge Aurier, Manchester United

Artikel Sebelum

Artikel Lain