suria

Mourinho Ada 5 Pilihan Jika Gagal Dapatkan Perisic

MANCHESTER United masih berkeras mahu mendapatkan Ivan Perisic dengan mengekalkan bidaan berjumlah £48 juta walaupun ditolak Inter Milan.

Ini kerana Jose Mourinho perlukan tiga lagi pemain sebagai persediaan menghadapi Liga Perdana Inggeris musim ini dan Liga Juara-Juara Eropah.

Bagaimanapun jika perpindahan Perisic tidak berlaku, kelab berkenaan masih mempunyai lima pilihan lain untuk dibawa ke Old Trafford.

Willian

Pemain Chelsea ini lebih lincah jika dibandingkan dengan Perisic. Namun tiada khabar angin bahawa dia akan keluar dari The Blues pada musim panas ini.

Dia merupakan pemain penting ketika Mourinho mengendali Chelsea. Jika The Blues melepaskan Eden Hazard menyertai Real Madrid sudah pasti Chelsea tidak akan membiarkan pemain Brazil ini ke United.


Thomas Lemar

Pemain ini telah dilapor akan menyertai Chelsea, namun United boleh mendapatkan Lemar sebagai pengganti Perisic.

Arsenal antara kelab yang hampir mendapatkan khidmatnya namun tuntutan sebanyak £80 juta membuatkan kelab itu 'angkat kaki'.

Jika menyertai United, Lemar akan membuatkan Mourinho mempunyai banyak pilihan posisi untuknya yang lebih verstail, namun dia tidak mampu mengawal bahagian tengah.


Riyad Mahrez

Pemain Leicester itu kini sedang berada di pasaran untuk dibeli mana-mana kelab selepas meluahkan hasratnya untuk berhijrah.

Namun kos sebanyak £50 juta yang perlu dibayar menjadikan nilai pemain Algeria berkenaan sebagai tidak masuk akal.

Bagaimanapun United masih mempunyai pilihan seperti Marcus Rashford daripada membeli Mahrez.


Alex Oxlade-Chamberlain

Dengan kontrak berbaki setahun lalgi, pemain berkenaan berpotensi untuk dijual pada kadar rendah.

Setakat ini, Arsenal dijangka akan menerima tawaran sebanyak £25 juta daripada Liverpool, namun masih menunggu jika terdapat tawaran lebih baik.

Bagaimanapun, Arsene Wenger menyatakan keyakinan 100 peratus bahawa pemain berusia 23 tahun itu akan kekal di Arsenal untuk musim depan.


Gelson Martin

Mourinho telah memantau pemain Sporting Lisbon itu kerana gayanya dalam menembusi benteng lawan agak menakjubkan.

Liverpool antara kelab yang mahu mendapatkan khidmatnya jika mereka gagal membeli Mohamed Salah.

Dengan berusia 22 tahun, Martin mempunyai banyak masa untuk menjadi pemain yang lebih baik dan bernilai untuk dipasarkan kepada kelab-kelab gergasi dunia.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Morata Milik Chelsea

Artikel Lain