Morata Milik Chelsea - Sukan | mStar

Morata Milik Chelsea

ALVARO Morata menjadi pemain termahal dalam sejarah bola sepak kelab Sepanyol apabila memilih untuk menyertai Chelsea.

Kelab Chelsea bersetuju dengan perjanjian bersama Real Madrid bagi yuran perpindahan bernilai 70 juta pound (RM389 juta).

Sebelum ini dilaporkan Manchester United menaruh harapan tinggi untuk mendapatkan Morata, namun selepas menandatangani Romelu Lukaku (Everton), pengurus kelab Jose Mourinho mengakui tidak mencapai kata sepakat bersama Real dari segi jumlah perpindahan.

Kini Morata,24, bakal mencipta rekod perpindahan ke kelab juara Liga Perdana Inggeris itu dengan bayaran awal 58 juta pound sebelum tambahan-tambahan lain.

Berdasarkan laporan media Britain, pemain itu bakal mengikat kontrak selama lima tahun, yang dianggarkan berjumlah 7.9 juta pound setahun.

Menurut Morata alasan kukuh dia menyertai The Blues adalah disebabkan Antonio Conte.

"Saya memilih untuk pergi ke kelab yang mempunyai kepercayaan dari seorang jurulatih dan ia sangat hebat bagi saya.

"Ia seperti musim pelik bagi saya. Pelbagai perkara yang berlaku.

"Di akhirnya, jika diberi keizinan Tuhan, saya akan bersama dengan sebuah kelab hebat yang telah inginkan saya sejak beberapa tahun sebelum ini.

"Saya sangat gembira. Saya telah menjalani latihan keras. Apa sahaja yang akan datang, tujuan saya sangat jelas.

"Amat berat untuk tinggalkan Real Madrid, tetapi saya berharap semuanya akan lancar apabila bersama Chelsea nanti," ujar Morata ketika ditemuramah oleh AS.

Alvaro Morata , Chelsea

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Morata Sah Ke Chelsea!

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain