suria

Melaka United Seperti Telur Di Hujung Tanduk

Foto kredit: MUSA

PETALING JAYA: Nasib Melaka United kini seperti 'telur di hujung tanduk', ujar Pengurus pasukan Datuk Mohd Yusoff Mahadi.

Jelasnya, skuad Melaka perlu memastikan tiada lagi kekalahan selepas ini bagi memastikan mereka terus kekal di Liga Super

"Jika kalah lagi, bermakna Melaka semakin dekat ke zon penyingkiran. Jadi saya menyeru kepada jurulatih dan semua pemain supaya mengambil serius situasi ini.

"Kita akan bertemu Pahang esok (Sabtu) dan saya minta sekurang-kurang dapat membawa balik satu mata.

"Misi mustahil untuk menang ke atas Pahang tetapi saya mahu skuad jadikan supaya tidak mustahil. Ia amat penting," jelasnya ketika dihubungi mStar Online pada Jumaat.


Tambah Mohd Yusoff, beliau kurang berpuas hati dengan corak permainan yang ditunjukkan pemain-pemainnya setakat ini.

"Saya mahu mereka bermain seperti bertemu Kelantan (Piala Malaysia 3-0) atau Kedah (Liga Super tewas 4-2) sebelum ini yang penuh semangat.

"Bukan seperti aksi bertemu Pulau Pinang (2-3) atau UiTM FC dalam saingan Piala Malaysia (menang 2-1). 

Jadi saya minta, supaya semua fokus kepada baki perlawanan liga yang ada ini," tambahnya.

Untuk rekod, Melaka kini menduduki tangga kedua tercorot liga dengan mengumpul 12 mata dalam 16 perlawanan.

Anak buah Eduardo Almeida ini mempunyai baki lima baki perlawanan selepas bertemu Pahang di Stadium Darul Makmur pada Sabtu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Sanchez Dapat Kekasih Baru

Artikel Lain