suria

Sanchez Mahu Sertai Seteru Arsenal

WALAUPUN tahu Arsenal enggan melepaskan dirinya, Alexis Sanchez dilaporkan tetap mahu angkat kaki dari Emirates.

Daily Mail melaporkan penyerang Chile itu mahu menyertai Manchester City dan percaya Arsenal akan berusaha menghalang perpindahan tersebut.

Malah The Gunners sebelum ini menegaskan pemain berusia 28 tahun itu bukan untuk dijual kepada seterunya di Liga Perdana Inggeris pada musim panas ini.

Malah sumber memberitahu Arsenal tidak akan mempertimbangkan sebarang tawaran daripada Stadium Etihad.

Pendirian Arsenal itu telah dimaklumkan kepada wakil Sanchez.

Namun ia tidak menghalang wakil Sanchez untuk cuba mengatur semula pertemuan antara Sanchez dan Pengurus City, Pep Guardiola yang pernah bekerjasama di Barcelona.

Dan wakil Sanchez tetap yakin Arsenal terpaksa melepaskan pemain itu daripada berdepan risiko membiarkan dia meninggalkan Emirates secara perpindahan percuma.

Arsenal boleh memperoleh lebih 50 juta pound sterling daripada penjualan Sanchez yang boleh memulakan rundingan perpindahan percuma ke kelab lain bermula 1 Januari depan.

Usaha Arsenal untuk mengikat pemain itu dengan kontrak jangka masa panjang masih belum berjaya.

Tawaran terdahulu Arsenal iaitu, satu perjanjian bernilai 275,000 seminggu yang menyaksikan peningkatan sebanyak 20 peratus sekiranya mereka mara ke saingan Liga Juara-Juara musim depan ditolak.

Difahamkan Sanchez mahukan kontrak bernilai 300,000 pound sterling seminggu.

Alexis Sanchez

Artikel Sebelum

Dia Kembali Bantu Kedah

Artikel Berikut

Artikel Lain