Alves Buat Pusingan ‘U’ - Sukan | mStar

Alves Buat Pusingan ‘U’

Gambar Alves bersama Marquinhos tersebar.

MANCHESTER City menerima tamparan hebat apabila pemain Juventus yang menjadi buruan pengendalinya, Pep Guardiola membuat pusingan 'U' dengan memilih untuk tidak berhijrah ke London.

Dani Alves dilaporkan sedang menjalani ujian kesihatan di Paris untuk menyertai Paris Saint-Germain (PSG) selepas menolak tawaran lumayan daripada City.

Bekas bintang Barcelona itu menamatkan kontraknya bersama Juventus dan disebut-sebut bakal bekerjasama dengan bekas jurulatihnya di Nou Camp sebelum ini. 

Namun PSG dalam senyap mencapai persetujuan dengan pemain pertahanan berusia 34 tahun itu sekali gus meranapkan impian Guardiola untuk bersatu semula dengan Alves.

Pada awal pagi Selasa, isteri Alves, Joana Sanz memuatnaik Instagram story dari Paris yang mengesahkan mereka berada di Paris ketika ini.

Malah sebuah gambar yang menunjukkan Alves bergambar bersama bakal rakan pasukannya, Marquinhos turut tersebar.

Menurut akhbar L'Equipe, Alves bersetuju untuk memperkuat PSG selama dua tahun.

Majlis memperkenalkan Alves sebagai pemain PSG secara rasmi akan dibuat pada Rabu atau Khamis sebelum dia menyertai pasukan itu berlepas ke Amerika Syarikat untuk siri jelajah pra musim.

Guardiola begitu terdesak untuk memperkukuhkan benteng pertahanan City pada musim panas ini.

Perancangannya itu termasuk membawa masuk Alves, Kyle Walker dan Benjamin Mendy dari Monaco dan pemain pertahanan Southampton, Ryan Bertrand.

Dani Alves , Manchester City

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

Artikel Lain