Pemanah Negara Menang Dua Perak Di Taiwan - Sukan | mStar

Pemanah Negara Menang Dua Perak Di Taiwan

Mohd Juwaidi Mazuki.

KUALA LUMPUR: Skuad memanah negara menguji kekuatan menjelang Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 bulan depan dengan merangkul dua pingat perak dan sebutir gangsa menerusi acara compound pada siri ketiga Piala Asia 2017 di Taiwan, Sabtu.

Trio negara – Lee Ken Lip, Mohd Juwaidi Mazuki dan Zulfadhil Ruslan merangkul pingat perak pertama selepas tunduk kepada trio tuan rumah – Chen Hsiang-hsuan, Lin Hsin-min dan Lin Che-wei 231-235 pada final acara berpasukan lelaki.

Dalam acara individu lelaki, Lee merangkul pingat perak selepas tewas 141-148 kepada peserta Iran, Esmaeil Ebadi pada final.

Dalam acara wanita, ratu memanah negara, Fatin Nur Fatehah Mat Salleh, yang merupakan pemenang tiga emas Sukan SEA Singapura 2015, merangkul pingat gangsa dengan mengalahkan peserta Taiwan, Lee Ming-ching 143-140 pada saingan menentukan tempat ketiga acara individu.

Dalam pada itu, dalam acara recurve, pasukan negara  gagal melepasi pusingan separuh akhir.

Kejohanan tersebut merupakan medan terakhir bagi acara berpasukan dalam aksi kompetitif di pentas antarabangsa sebelum bermula temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dari 19 hingga 30 Ogos ini.

Untuk rekod, Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM) meletakkan sasaran empat emas dalam Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 iaitu tiga menerusi acara compound dan satu menerusi acara recurve berbanding lima pingat emas yang dimenangi pada edisi 2015 di Singapura. - BERNAMA

Piala Asia 2017 , skuad memanah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.