B-22: Tak Jadi Tunda - Sukan | mStar

B-22: Tak Jadi Tunda

Hanya enam pemain yang melaporkan diri pada latihan pusat, Rabu. foto Facebook FAM.

PETALING JAYA:  Perlawanan persahabatan antarabangsa antara skuad bawah 22 tahun (B-22) negara menentang B-22 Myanmar di Stadium Shah Alam tetap akan diadakan pada 13 Julai ini.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada Khamis menafikan aksi persahabatan antara kedua-dua pasukan itu akan ditunda kepada 14 Julai.

"Perlawanan akan dikekalkan pada Khamis depan (13 Julai), bukannya dipinda ke 14 Julai seperti dinyatakan dalam sidang media petang semalam (Rabu)," kata FAM dalam satu kenyataan.

Pada Rabu, pengurus skuad B-22 negara, Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata pihaknya mahu menunda perlawanan tersebut memandangkan hanya enam pemain sahaja melapor diri untuk latihan pusat skuad di bawah kendalian Datuk Ong Kim Swee di Hotel Glenmarie, Shah Alam pada Rabu.

Kekurangan 20 pemain lagi memberi kesan kepada Kim Swee yang melakukan persiapan untuk mengharungi kelayakan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) B-23 bermula 19 hingga 23 Julai ini.

Enam pemain terbabit adalah Adam Nor Azlin dan Muhammad Syahmi Safari (Selangor), Amierul Hakimi Awang (Terengganu), Ahmad Khairil Anuar Zamri (Perak), Irfan Zakaria (Kuala Lumpur) dan Danial Amier Norhisham (Felda United).

Mohd Yusoff meramalkan pasukan tersebut akan lengkap dengan 26 pemain selewat-lewatnya pada 12 Julai ini.

Senarai panggilan pemain Skuad B-22:

Kedah: Ifwat Akmal Chek Kassim, Ariff Farhan Md Isa, Farhan Roslan, Syafiq Ahmad dan Amirul Hisyam Awang Kechik.

Pulau Pinang: Syamer Kutty Abba, S Kumaahran dan Jafri Firdaus Chew.

Selangor: Adam Nor Azlin dan Syahmi Safari.

Pahang:Matthew Davies dan Nor Azam Abdul Azih.

Johor Darul Ta'zim:Safawi Rasid dan Naziq Nadzli.

Felcra FC: Adib Zainudin dan N Thanabalan.

Felda United: Danial Amier Norhisham.

Kuala Lumpur: Irfan Zakaria.

Sarawak: Tommy Mawat Bada.

Perak: Ahmad Khairil Anuar Zamri.

JDT II: Syazwan Andik Ishak.

PKNP FC: Syazwan Zaipol Bahari. 

Terengganu: Amierul Hakimi Awang.

T-Team: Arif Fadzillah Abu Bakar.

PJ Rangers: Raphi Azizan Mariappen.

Kelantan: Danial Ashraf Abdullah. 


aksi persahabatan , B-22

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Atletico Sedia Berkorban Demi Costa

Artikel Berkaitan

Kim Swee Buru Kemenangan

Klik

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

Artikel Lain