suria

Penolong Nidzam Adzha Kongsi Kisah "Perjalanan" Ke Kedah

Azzmi Aziz (kiri)

"SAYA bersyukur kepada Allah kerana membuka peluang untuk bersama Kedah."

Demikian komen Azzmi Aziz yang kini merupakan penolong ketua jurulatih Kedah di bawah kendalian Mohd Nidzam Adzha Yusof.

Individu yang pernah bergandingan dengan Mohd Nidzam ketika membawa Felda United menjuarai Liga Kuala Lumpur pada 2014 itu ternyata teruja apabila mendapat tawaran daripada skuad hijau kuning.

Bagi jurulatih kelahiran Selangor berusia 42 tahun itu, tawaran daripada Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) sebagai penolong kepada Mohd Nidzam tidak dapat ditolak kerana ia merupakan pelaung berharga.

"Ketika Nidzam hubungi saya dan bertanya mengenai kesediaan untuk menjadi pembantuanya, saya memang teruja.

"Bukan sahaja dapat kembali bersama mentor saya, tetapi bersama Kedah yang merupakan sebuah pasukan terbaik ketika ini.

"Ada terfikir juga seperti tidak percaya, tetapi ini rezeki Allah. Oleh itu saya akan menggunakan peluang ini sebaik mungkin untuk bersama jurulatih dalam memburu kejayaan," katanya kepada mStar Online.

Tambahnya, walaupun memiliki pengalaman mengendali banyak pasukan di bawah umur 16, 18, 19 dan 23 tahun, namun peluang ini adalah yang pertama bersama skuad Liga Super.

"Ada banyak lagi yang perlu belajar. Saya yakin dapat membantu sambil mempelajari daripada Nidzam untuk mendapatkan lebih banyak kejayaan bersama Kedah.

"Pada masa sama saya juga perlu membalas peluang dan kepercayaan yang diberikan dengan sebaik mungkin," ujarnya.

Kedah, Azzmi Aziz, Liga Super

Artikel Berikut

Artikel Lain