suria

Apa Kesudahan Nasib Januzaj?

Adnan Januzaj

ADNAN Januzaj terbukti belum mampu membantu Sunderland untuk terus bertahan di Liga Perdana Inggeris musim 2016/2017.

Malah, dia hanya menyumbangkan tiga asisst dan belum menjaringkan walau satu gol daripada 25 penampilannya bersama kelab itu.

Namun, David Moyes selaku bekas pengurusnya di Sunderland yakin bahawa Januzaj mempunyai masa depan yang cerah jika terus bersama kelab asalnya, Manchester United.

Januzaj dipinjamkan kepada United selama satu musim.

"Dia memiliki bakat yang sangat baik. Tidak mengejutkan jika Manchester United membawanya kembali dan memberikan kontrak baharu. Dia pemain yang mempunyai teknik terbaik. Dia bakal memiliki masa depan yang cerah. Beberapa penampilannya kadangkala sangat bagus," katanya memetik The Sun.

Bagaimanapun United mungkin akan menjualnya pada harga 8.5 juta paun walaupun Januzaj masih memiliki kontrak sehingga tahun depan, dengan harapan Paul Pogba dapat dikekalkan.

Tetapi, persaingan sayap untuk United dilihat sengit, mengambil kira United sedang melakukan beberapa pendekatan kepada pemain-pemain sayap lain seperti Ivan Perisic, Lucas Moura dan Willian.

"Ya, saya telah memutuskannya. Dapatkah saya menyatakannya? Tidak untuk kamu," kata Jose Mourinho, ketika ditanya tentang nasib Januzaj, memetik Express.

Penjualan Januzaj sememangnya sudah ditunggu-tunggu oleh kelab seperti AC Milan, AS Roma, Internazionale Milan, Napoli, Olympique Lyonnais dan Olympique Marseille.

Dilaporkan Roma cukup berminat untuk mendapatkannya kerana Januzaj dijadikan alternatif jika kelab itu gagal mendapatkan Domenico Berardi untuk menggantikan Mohamed Salah.

Roma juga akan bersaing dengan Real Sociedad yang juga berminat dengan pemain sayap dari Belgium itu.

AS Monaco, Glasgow Celtic dan Paris Saint-Germain (PSG) turut dikaitkan dengan Januzaj.

Sementara itu,  Januzaj sendiri sedang menikmati masa cutinya bersama Luke Shaw di Dubai, ketika isu perpindahannya terus diperkatakan.

Adnan Januzaj, Jose Mourinho

Artikel Sebelum

Pogba Dab Sampai Ke China

Artikel Berikut

Artikel Lain