suria

Bas Baharu Skuad Kebangsaan

Bas baharu untuk skuad kebangsaan. Foto akaun rasmi Facebook FAM

KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyumbang sebuah bas kepada skuad kebangsaan.

Menurut kenyataan media FAM, bas berkenaan adalah untuk kemudahan skuad kebangsaan menghadiri sesi latihan dan perlawanan dalam negara.

Bas yang dilengkapi 44  tempat duduk itu akan digunakan untuk membawa pemain ke semua destinasi perlawanan atau program yang diatur oleh FAM. 

"Pihak FAM dan barisan pemain serta kakitangan skuad kebangsaan menjunjung kasih kepada Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor yang juga Presiden FAM atas kurniaan sebuah bas baharu kepada pasukan kebangsaan," menurut FAM.

Pemberian bas itu disempurnakan di perkarangan Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru. - Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain