suria

Messi Beli Hotel Empat Bintang

SELEPAS bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo mencuba nasib dalam bidang perhotelan, kini seterunya, Lionel Messi juga mengumumkan pembelian sebuah hotel bertaraf empat bintang di kepulauan Mediterranean, Sitges.

Messi telah membayar kira-kira 26 juta pound sterling bagi mendapatkan Hotel MiM Sitges.

Hotel mewah itu dilengkapi 77 bilik dengan harga penginapan bermula dari 250 hingga 300 euro semalam.


Hotel itu terletak berhampiran dengan pantai dan menawarkan pemandangan pinggir laut Sitges yang terletak kira-kira 40 kilometer dari Barcelona.

Hampir 40 peratus penduduk tetap di kepulauan itu berasal dari Belanda, United Kingdom, Perancis dan Scandinavia.

Malah kepulauan itu juga amat popular di kalangan pelancong warga Perancis.

Hotel tersebut dibuka sejak 2013 dan diuruskan oleh Kumpulan Majestic yang turut memiliki empat hotel di sekitar Barcelona dan bertindak sebagai penasihat kepada hotel lain di Majorca.


Sebelum ini, Ronaldo turut memiliki empat buah hotel dengan pelaburan bernilai 54 juta pound sterling.

Hotel itu terletak di Funchal, Lisbon, Madrid dan New York.

Pada Oktober lalu, pemain kebangsaan Portugal itu membuka hotel yang diberi nama 'Pestana CR7 Lisboa' di tempat kelahirannya.

Lionel Messi, Hotel MiM Sitges

Artikel Sebelum