Chong Wei Lega Misbun Kembali Selepas Dipujuk - Sukan | mStar

Chong Wei Lega Misbun Kembali Selepas Dipujuk

KUALA LUMPUR: Kepulangan semula Datuk Misbun Sidek ke pangkuan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sebagai ketua jurulatih perseorangan lelaki sudah pasti menjadi berita gembira buat bekas anak didiknya, Datuk Lee Chong Wei.

Chong Wei menyifatkan kepulangan ''sifunya'' memberi harapan serta sinar baharu buat barisan pemain perseorangan negara selepas legenda badminton negara era 80-an itu bertanggungjawab mencungkil bakat pemain itu ketika berusia 17 tahun pada sekitar 1999.

Misbun, antara tenaga jurulatih skuad negara ketika itu, mengambi tempoh tujuh tahun untuk menggilap dan membentuk Chong Wei sehingga pemain itu berjaya meraih pingat perak pertama di Sukan Olimpik Beijing pada 2008.

"Kepulangan Misbun selaku ketua jurulatih diharap akan membantu skuad perseorangan lelaki kembali menempa nama di persada antarabangsa.

"Saya mengadakan perjumpaan dengan beliau sebelum ini dan akhirnya pada pertemuan kali ketiga barulah beliau bersetuju untuk kembali ke BAM," katanya kepada pemberita selepas menjalani latihan harian di Akademi Badminton Malaysia di Bukit Kiara, Jumaat.

Mengulas lanjut, Chong Wei berkata kehadiran Misbun pastinya suatu perkembangan yang baik buat beliau serta pasukan yang akan menyertai Kejohanan Dunia di Glasgow, Scotland pada 21 hingga 27 Ogos ini.

Dalam pada itu, Chong Wei memberi peringatan kepada semua pemain muda di BAM untuk bersedia dengan kehadiran Misbun yang dijadual memulakan tugasnya pada 1 Julai depan.

"Kebanyakan pemain muda sekarang ini melihat saya seperti paling senang dengan kejayaan yang dikecapi hari ini, tetapi waktu dahulu semasa di bawah Misbun tiada siapa pun yang nampak perit-jerih latihan yang saya hadapi," katanya.

Pernah Chong Wei Wei menangis disebabkan rejim latihan Misbun yang rigid ketika membimbing skuad negara ketika itu.

Semalam, Presiden BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata Misbun, 57, secara dasarnya sudah bersetuju secara lisan untuk menyertai BAM dan pihaknya akan menyediakan kontrak lebih terperinci kepadanya.

Misbun meletak jawatan sebagai jurulatih perseorangan negara pada penghujung 2010 dan menolak tawaran BAM untuk dilantik sebagai ketua jurulatih pasukan kebangsaan tiga tahun kemudian pada 2013 atas ''sebab peribadi''.-- Bernama 


Misbun , Chong Wei

Artikel Berikut

Farizal Digantung Setahun - AFC

Klik

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

Artikel Lain

Nelayan temui duit dalam perut ikan