suria

Chelsea Mahu Lukaku Tapi...

Romelu Lukaku

THE Blues sedang mencari pengganti Diego Costa dalam masa beberapa bulan tetapi perlu menghabiskan banyak wang jika mereka mahukan bintang Everton yang menjadi sasaran mereka.

Chelsea telah menjadikan Romelu Lukaku sasaran utama mereka bagi menggantikan Costa, tetapi masih jauh untuk mencapai satu kesepakatan kerana Everton tidak berganjak dari nilai £100 juta yang ditetapkan untuk pemain berkenaan.

Juara Liga Perdana Inggeris itu enggan membayar bayaran penuh yang dituntut Everton, tetapi difahamkan Lukaku telah bersetuju dengan ejennya untuk memberi keutamaan kembali ke Stamford Bridge berbanding berpindah ke Manchester United.

Chelsea pula sanggup bertahan untuk satu tawaran yang lebih baik, tetapi ia mungkin tidak akan berlaku apabila pemain berusia 24 tahun itu mengisytiharkan bahawa dia telah membuat keputusan mengenai masa depannya.

Romelu Lukaku, Diego Costa, Chelsea

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

United Lepas Zlatan?

Artikel Lain