Sudah Selesai Jika Jumpa Awal - Kevin - Sukan | mStar

Sudah Selesai Jika Jumpa Awal - Kevin

PETALING JAYA: 'Kalau mereka datang lebih awal, saya rasa isu ini boleh diselesaikan lebih awal', jelas Kevin Ramalingam.

Ketua Pegawai Eksekutif Kerjasama Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) itu mengakui pertemuan dengan beberapa wakil Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) pada Isnin adalah yang pertama kali sejak pelbagai isu timbul.

"Kalau mereka datang berjumpa lebih awal saya rasa isu ini boleh diselesaikan lebih awal lagi.

"Pasukanlain yang (yang bermasalah) telah datang membuat rayuan lebih awal lagi, dan semuanya selesai," jelasnya ketika ditemui pemberita selepas mengadakan perjumpaan bersama Kafa.

Bagaimanapun Kevin berharap pertemuan ini akan menjelaskan lagi segala persoalan dan isu-isu berbangkit dan tetap bertegas kepada peratiran dan hukuman yang telah ditetapkan sebelum ini.

"Kafa pun sudah bersetuju untuk menekankan isu tunggakan dan akan menyerahkan segalanya dokumentasi dalam tempoh terdekat ini.

"Dan apa sahaja salah faham yang berlaku sebelum ini agar tidak terjadi lagi. Apa yang penting semuanya telah jelas.

"Mengenai rayuan isu pemotongan mata, ia tertakluk kepada keputusan lembaga pengarah FMLLP selepas melihat segala dokumen yang diperlukan lengkap.

"Buat masa sekarang kita tidak boleh memberitahu sama ada telah terima atau lulus rayuan itu. Semuanya kena tunggu dokumen," jelas Kevin.

Tambah Kevin, sejak dahulu lagi pihaknya hanya memerlukan empat dokumen sahaja bagi pendaftaran pasukan.

"Kita tidak pernah mengungkit atau membangkitkan apa-apa isu individu berkaitan pembayaran.

"Dan kita tidak pernah membuat kenyataan dengan gaji sahaja atau apa-apa hutang setiap pasukan."Jadi dengan adanya perjumpaan ini, tidak ada lagi isu-isu lain yang timbul.

"Mengenai isu sekatan pemain import, ia juga akan dipertimbangkan sewaktu rayuan. Tapi bagi saya, jika sudah dijelaskan ia tidak jadi masalah.

"Yang penting mereka perlu mengemukakan semua bayaran terkini bagi memastikan mereka dapat bertanding untuk musim baharu nanti," jelasnya.


FMLLP

Artikel Sebelum

Ramos Patut Malu - Ferdinand

Artikel Berikut

Morata, Varane Jadi Umpan

Artikel Berkaitan

Harap FMLLP Faham - Annuar Musa

Usah Gertak Saya - Annuar

Klik

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

Artikel Lain