Kafa Belum Mampu Lunas Tunggakan Gaji - Sukan | mStar

Kafa Belum Mampu Lunas Tunggakan Gaji

Ismail Md Noor

PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (Kafa) mengakui belum mampu melunaskan tunggakan gaji pemain bagi musim 2015 dan 2016 sekali pun telah memperoleh bayaran RM1.4 juta hasil perpindahan Mohammed Ghaddar ke Johor Darul Ta’zim (JDT), lapor Sinar Online.

Setiausaha Agungnya, Datuk Ismail Md Noor berkata, pihaknya peka dengan pelbagai kritikan yang dilemparkan bekas pemain pasukan itu dalam laman sosial namun menegaskan mereka bukan sengaja melupakan masalah tersebut.

“Itu tidak bermakna kita duduk diam. Kita sedang berusaha mencari duit untuk selesaikan tunggakan gaji pemain cuma buat masa sekarang memang kita tak ada duit.

“Kita sentiasa komited untuk selesaikan, tiba masa kita akan bayar,” katanya kepada Sinar Harian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Jonathan McKain yang mempersoalkan tindakan Kelantan mendapatkan pemain import baharu.

Selain McKain, bekas penyerang import dari Macedonia, Blazhe Ilijoski turut menempelak Kafa berhubung isu berkenaan dan menuntut tunggakan gajinya pada musim lalu dilangsaikan.

Menurutnya, buat masa ini keutamaan mereka adalah menyelesaikan gaji semasa pemain yang tertangguh menerusi duit tebus kontrak Mohammed Ghaddar.

“Kafa ada dua pilihan, pertama biarkan Kelantan jadi pasukan belasahan dan kedua, terus bersaing secara kompetitif menghabiskan baki saingan yang ada. Jadi, kena lihat keperluan semasa, maknanya kita perlu selesaikan perkara penting (bayar gaji semasa) ini dulu.

“Mengenai tunggakan gaji, ada kaedah lain untuk bayar. Kalau nak asyik tumpu soal (tunggakan gaji) ini, saya rasa Kelantan kena tarik dirilah daripada Liga-M sebab pemain yang ada sekarang akan lari kerana kita tak mampu bayar gaji,” katanya.

Kafa

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

FAM Jawab Isu Kuda Tua, 'Pengkhianat'

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

Artikel Lain