FAP Intai Pemain Timur Tengah, Afrika - Sukan | mStar

FAP Intai Pemain Timur Tengah, Afrika

Zairil Khir Johari

GEORGE TOWN: Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) semakin pasti mendapatkan dua pemain import, masing-masing dari Timur Tengah dan Afrika, bagi memantapkan cabaran pasukan itu dalam baki saingan Liga Super.

Presidennya, Zairil Khir Johari berkata FAP ketika ini sedang memilih pemain Timur Tengah dan Afrika yang mempunyai pengalaman beraksi dalam liga utama di Eropah dan Amerika Syarikat.

Namun, katanya tiada yang dimuktamadkan setakat ini dan FAP akan membuat pengumuman rasmi sebaik perjanjian dimeterai.

“Ada sesetengah pemain telah menjalani sesi ujian tetapi kami belum membuat keputusan… kami masih membuka ruang kepada pemain lain,” katanya kepada Bernama apabila dihubungi pada Khamis.

Beliau berkata fokus utama FAP adalah untuk mendapatkan pemain import yang mampu menjaringkan gol serta membantu pasukan itu daripada tersingkir ke Liga Perdana.

"Dua daripada pemain import itu perlu memegang pasport negara Asia, saya percaya (jurulatih) Zainal Abidin (Hassan) akan memilih yang terbaik,” katanya.

FAP dijangka melengkapkan proses itu sebelum pertemuan Liga Super menentang Kelantan di Kota Bharu, Rabu depan.

Sementara itu, Zairil mengesahkan skuad itu telah mendapatkan dua pemain tempatan iaitu Azidan Sarudin dan Surendran Rasiah, masing-masing dari Kuala Lumpur dan Selangor.

Skuad Harimau Kumbang telah beraksi dalam 12 perlawanan dengan menang hanya sekali dan dua kali seri. sekali gus berada di tangga tercorot Liga Super.

FAP , Zairil

Artikel Sebelum

Kane Idam Kasut Emas EPL

Artikel Berikut

Ghaddar Akui Bertuah

Artikel Berkaitan

FAP Tamatkan Khidmat Dua Import

Klik

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

Artikel Lain