Ziyad Teruja Bakal Bergelar Bapa - Sukan | mStar

Ziyad Teruja Bakal Bergelar Bapa

PETALING JAYA: Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pastinya mengimpikan zuriat.

Kehadiran 'orang baharu' itu ibarat penyeri dan pelengkap perkahwinan yang telah dibina.

Atlet paralimpik negara Muhammad Ziyad Zolkefli turut berkongsi kegembiraan apabila bakal bergelar bapa tidak lama lagi.

Menurut pemenang pingat emas acara lontar peluru F20 (masalah pembelajaran) pada Sukan Paralimpik Rio de Janeiro, Brazil tahun lalu, dia berasa teruja dan pada masa sama gemuruh menanti kehadiran anak sulungnya yang dijangka lahir pada Ogos ini.

"Sudah tentu setiap insan bila dah kahwin nak mempunyai zuriat sendiri. Ada satu keterujaan kerana ia satu anugerah terindah bagi saya.

"Saya bersyukur dengan rezeki yang Allah berikan dan doakan yang terbaik untuk saya dan isteri," katanya kepada mStar Online.

Ziyad menamatkan zaman bujang dengan wanita pilihannya, Zafirah Md Nasir pada 11 November tahun lalu.

Ditanya mengenai jantina bayi yang akan dilahirkan nanti, Ziyad berkata berdasarkan imbasan baru-baru ini, doktor beritahu berkemungkinan besar jantina kandungan adalah perempuan.

Namun kata Ziyad, dia tidak kisah mengenai jantina zuriatnya kerana apa yang paling penting adalah anak yang dilahirkan nanti sihat.

"Saya terima sahaja sama ada bayi lelaki atau perempuan. Bagi saya cukuplah isteri saya selamat dan anak yang dilahirkan nanti sihat dan sempurna," katanya.

Pada masa sama, Ziyad turut bersyukur kerana proses kehamilan isterinya berjalan dengan lancar.

"Alhamdulillah sekarang dah masuk 6 bulan, tiada alahan yang teruk. Semua senang... dipermudahkan, tak ada masalah," katanya.

Mengenai persiapan menyambut kelahiran anak sulungnya itu, Ziyad berkata dia sudah membeli beberapa barang keperluan bayi.

"Barang-barang keperluan bayi ada yang sudah dibeli. Saya mahu memudahkan persediaan isteri kerana saya akan pergi ke luar negara hujung bulan ini," katanya.

Ziyad turut memberitahu belum berkesempatan untuk menghadiri kursus penjagaan bayi sebagai persediaan menimang cahaya mata sulungnya tidak lama lagi.

Katanya, kekangan masa kerana sibuk menjalani latihan untuk melayakkan diri ke Sukan SEA, Ogos ini menyebabkan dia terpaksa menangguhkan hasrat tersebut.

"Belum lagi pergi kelas bayi sebab tak ada masa, saya nak pegang telefon bimbit pun tak ada masa," katanya.

Ziyad Zolkefli

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

Artikel Lain