Bukan Menghukum Tapi Tingkat Pematuhan - FMLLP - Sukan | mStar

Bukan Menghukum Tapi Tingkat Pematuhan - FMLLP

PETALING JAYA: Tindakan Kerjasama Liabiliti Bola Sepak Malaysia Berhad (FMLLP) melakukan pemotongan mata terhadap empat pasukan Liga Malaysia yang gagal membayar tunggakan gaji pemain mereka bukan bertujuan untuk menghukum pasukan tersebut.

Sebaliknya, FMLLP berkata tindakan tegas itu dilakukan demi meningkatkan tahap pematuhan setiap pasukan dalam isu tunggakan gaji pemain.

Jelasnya, FMLLP telah berhubung dengan keempat-empat pasukan yang terlibat sejak Januari lalu sama ada menerusi kaedah peringatan bertulis dan juga panggilan telefon.

"Pasukan terlibat tahu apa yang perlu dilakukan dan dilengkapkan sebelum tarikh akhir yang ditetapkan. "Ini jelas membuktikan bahawa FMLLP telah cuba untuk memberikan bantuan yang sewajarnya," katanya.

Justeru itu, FMLLP menemplak kenyataan yang dikeluarkan sesetengah pihak yang disifatkan sebagai jauh tersasar dan tidak benar sama sekali.

"Enam mata dipertikaikan walaupun FMLLP jelas menunjukkan artikel mana di dalam Manual Liga telah digunakan untuk menjatuhkan hukum.

"Kenapa 6? Adakah kita pertikaikan kenapa 6 apabila Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) menjatuhkan hukuman 6 mata atas kegagalan membayar pampasan pemain? Kenapa bukan 3? Kes 1 pemain saja," katanya.

Menurut FMLLP, terdapat pelbagai kes di dunia termasuk dari Romania, Itali, Ireland dan England di mana pemotongan mata telah digunakan di pertengahan musim sebagai tindakan ke atas pasukan yang melanggar peraturan atau mempunyai masalah kewangan.

Katanya, dalam beberapa kes, jumlah mata yang di potong jauh lebih dari 6 dan mengakibatkan relegasi.

"Adakah kesemua liga ini ditindas kerana menjatuhkan semangat pemain, bias atau menidakkan penyokong, atau adakah liga mereka ini dilihat sebagai menegakkan integriti dan melakukan yang sepatutnya serta berlaku adil kepada mereka yang mematuhi syarat atau peraturan yang perlu dipatuhi?," soalnya.

"Kita disini lebih gemar untuk berteori konspirasi, menuduh berat sebelah dan apa saja yang boleh digunakan untuk memastikan bahawa diri sendiri tidak dipersalahkan, termasuk menuding jari ke arah pasukan atau individu lain yang dikatakan mahu menjatuhkan sesebuah pasukan," katanya.

Justeru, FMLLP berharap agar tindakan ini menjadi iktibar kepada semua pihak untuk mengorak langkah ke arah pematuhan 100% yang menjadi petanda bahawa Liga Malaysia berada di landasan yang betul.

"Di hari tiada hukuman diperlukan, kita telah berjaya," katanya.

FMLLP , pemotongan mata , Liga Malaysia

Artikel Sebelum

Liverpool Jadi 'Kambing Hitam' Wenger

Artikel Berikut

Tolong Faham Bahasa!

Artikel Berkaitan

Tolong Faham Bahasa!

Klik

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

Artikel Lain