suria

Atlet Lompat Tinggi Negara Pecah Rekod Kebangsaan

Nauraj Singh Randhawa

SINGAPURA: Nauraj Singh Randhawa memecahkan rekod kebangsaan bagi acara lompat tinggi dengan rekod ketinggian 2.30 meter dalam Kejohanan Olahraga Terbuka Singapura.

Atlet dari Johor itu yang turut beraksi di Sukan Olimpik Rio de Janeiro tahun lepas, memadamkan rekod 2.29 meter beliau sebelum ini, yang dicatatkan pada kejohanan sama pada April tahun lepas.

Kejayaannya ini juga membolehkan beliau layak untuk kali pertama menyertai Kejohanan Olahraga Dunia yang akan diadakan di Stadium Queen Elizabeth Olympic Park, London dari 4-13 Ogos ini.

Rekod untuk layak ke Kejohanan Olahraga Dunia adalah 2.30 meter.


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain