suria

De Gea Mahu Jual Rumah

SPEKULASI penjaga gol utama Manchester United, David de Gea akan meninggalkan kelab itu hujung musim ini semakin hangat diperkatan apabila dia dilaporkan mahu menjual rumahnya.

Portal The Sun melaporkan, rumah agam milik pemain kelahiran Sepanyol itu yang terletak di Bowdon, Trafford dijual dengan harga 3.85 juta pound sterling (RM21.6 juta).

Ejen hartanah yang menyenaraikan aset penjaga gol itu dalam pasaran berkata, rumah lima bilik itu memiliki nilai yang tinggi disebabkan lokasinya.

Pembeli yang berminat untuk mendapatkan rumah itu perlu membayar deposit 385,000 pound sterling (RM2.1 juta) dan bayaran bulan sebanyak 18,000 pound sterling (RM101,348) selama 25 tahun.

Rumah berkenaan dilengkapi kolam rengan, gimnasium dan gelanggang tenis serta dilindungi pagar elektrik.

De Gea, yang menyertai United dari Atletico Madrid pada 2011 dikaitkan dengan perpindah ke Real Madrid sejak beberapa bulan lepas.

Menurut laporan media sepanyol, pendahulu La Liga itu sedia mengeluarkan belanja sebanyak 60 juta pound (RM337 juta) sterling bagi mendapatkan khidmat penjaga gol berusia 26 tahun  itu.

David De Gea

Artikel Lain